ENAKMEN 15
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK (PENGESAHAN) 2007


Seksyen 2. Pengesahan

Segala perbuatan dan benda yang telah dilakukan atau yang berupa sebagai telah dilakukan oleh Kadi Besar, Kadi, Mahkamah, Jawatankuasa Ulang Bicara, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Pegawai Masjid, Peguam Syarie, Peguam, Pegawai Penguatkuasa Syariah, Pendakwa dan oleh mana-mana orang atau badan lain menurut atau di bawah Enakmen Prosedur Jenayah Dalam Syarak 1991 [En.7/1993] semasa tempoh dari 18 Mac 1993 sehingga 8 November 2006, iaitu tarikh sebelum tarikh yang ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa Enakmen Prosedur Jenayah Dalam Syarak 1991 hendaklah disifatkan telah dilakukan dengan sah dan menurut undang-undang.

Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 5 April 2007.

[SUK(Ps.) 05/312]
NORAZLAN BIN YAHAYA
Setiausaha Dewan Undangan Negeri
Perlis




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.