ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGA
Bab 3 - Pemeriksaan saksi



Seksyen 106. Penyingkiran keterangan untuk menyangkal jawapan kepada soalan yang menguji kebenaran

Apabila seseorang saksi telah ditanya dan telah menjawab apa-apa soalan yang relevan kepada siasatan itu hanya setakat yang ia cenderung melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya, tiada keterangan boleh diberikan bagi menyangkalnya, tetapi jika dia memberikan jawapan palsu, maka dia boleh kemudiannya dipertuduhkan kerana memberikan keterangan palsu.

Kecualian 1 - Jika seorang saksi ditanya sama ada dia dahulunya telah disabitkan atas apa-apa jenayah dan dia menafikannya, maka keterangan boleh diberikan mengenai sabitannya yang dahulu itu.

Kecualian 2 - Jika seorang saksi ditanya apa-apa soalan yang boleh mencabar kesaksamaannya dan dia menjawab dengan menafikan fakta-fakta yang disarankan itu, maka dia boleh disangkal.
MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.