ENAKMEN 5 TAHUN 2006
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2006

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 5 - PERUNTUKAN AM TENTANG PERBICARAAN



Seksyen 102. Tatacara jika terdapat sabitan terdahulu

Jika tertuduh dipertuduhkan atas suatu kesalahan yang dilakukan selepas suatu sabitan terdahulu atas apa-apa kesalahan, tatacara yang berikut hendaklah dipatuhi:

(a) bahagian pertuduhan yang menyatakan sabitan terdahulu itu tidak boleh dibacakan di dalam Mahkamah, dan tertuduh tidak juga boleh ditanya sama ada dia telah disabitkan terdahulu seperti yang dikatakan dalam pertuduhan itu melainkan jika dan sehingga dia telah sama ada mengaku salah atau disabitkan atas kesalahan yang kemudian itu;

(b) jika dia mengaku salah atau disabitkan atas kesalahan yang kemudian itu, dia hendaklah pada ketika itu ditanya sama ada dia telah disabitkan terdahulu seperti yang dikatakan dalam pertuduhan itu;

(c) jika dia menjawab bahawa dia pernah disabitkan terdahulu sedemikian, Mahkamah bolehlah dengan demikian itu menjatuhkan hukuman ke atasnya, tetapi jika dia menafikan bahawa dia pernah disabitkan terdahulu atau enggan atau tidak menjawab soalan itu, Mahkamah hendaklah menyiasat sabitan terdahulu itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.