Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 174. Tiada membayar Zakat atau Fitrah.

(1) Sa-siapa yang wajib membayar Zakat atau Fitrah dan tidak berjaya mendapatkan mengikut fasal 107 dalam Undang2 ini pembatalan atau pengubahan kewajipan yang demikian itu, tiada mahu atau dengan sengaja enggan membayar Zakat atau Fitrah, apabila di-dapati thabit kesalahannya di-dalam Mahkamah, boleh-Iah di-hukum dengan penjara sa-lama tiada lebeh daripada tujoh hari atau denda yang tiada lebeh daripada sa-ratus ringgit.

(2) Mana2 Zakat atau Fitrah yang wajib di-bayar oleh mana2 orang sarna ada dengan padi, beras, binatang ternakan atau lain2 barang boleh-Iah di-tuntut harga yang bersamaan dengan-nya sa-olah2 padi, beras, binatang ternakan atau lain2 barang yang tersebut telah di-perentah dengan sah oleh Mahkamah supaya di-serahkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.