ENAKMEN 6 TAHUN 2008
ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 13. Setiausaha

(1) Mufti boleh melantik seorang pegawai dari Jabatan sebagai Setiausaha.

(2) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Pengerusi kepadanya, Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke atas semua surat menyurat dan dokumen Jawatankuasa Fatwa, dan hendaklah
dalam apa-apa hal lain menjalankan tugas yang dikenakan ke atasnya oleh Enakmen ini atau yang diberikan kepadanya oleh Pengerusi.

(3) Setiausaha berhak untuk menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa Fatwa dan mengambil bahagian tetapi tidak berhak mengundi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.