ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 71. Anggapan tentang penyempurnaan wajar, dsb., dokumen yang tidak dikemukakan

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa tiap-tiap dokumen yang telah diminta dan tidak dikemukakan, setelah notis supaya mengemukakannya diberikan di bawah seksyen 53, telah diaku saksi, disetem dan disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki oleh undang-undang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.