ENAKMEN 15 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 2015

BAHAGIAN VIII - KUMPULAN WANG WAKAF



Seksyen 37. Manfaat atau kepentingan daripada wakaf am dan wakaf khas

(1) Segala manfaat atau kepentingan daripada suatu wakaf am hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Wakaf.

(2) Segala manfaat atau kepentingan daripada suatu wakaf khas hendaklah digunakan mengikut terma yang ditentukan oleh waqif kecuali bagi terma yang bercanggah dengan Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.