Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 167. Mengajar Ugama.

(1) Sa-siapa, terkechuali di-dalam tempat kediamannya sendiri dan di-hadapan ahli2 rumah-nya sahaja, mengajar atau bertujuan hendak mengajar sa-suatu hukum Ugama Islam dengan tiada kebenaran yang bertulis (tauhah) daripada Duli Yang Maha Mulia akan melakukan kesalahan yang boleh di-hukum penjara sa-lama tidak lebeh dari sa-bulan atau denda tidak lebeh daripada sa-ratus ringgit.

(2) Duli Yang Maha Mulia boleh.pada bila2 masa, membatalkan tauliah yang di-ke1uarkan di-bawah fasal kechil (1) dalam fasal ini. Orang yang tauliah-nya telah di-batalkan hendak-lah menyerahkan tauliah-nya itu dengan serta-merta kapada Yang di-Pertua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.