ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN IV - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN



Seksyen 31. Hamil atau melahirkan anak luar nikah

(1) Mana-mana perempuan yang hamil atau melahirkan anak tanpa pernikahan yang sah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(2) Mana-mana lelaki yang menyebabkan mana-mana perempuan hamil luar nikah atau melahirkan anak tanpa pernikahan yang sah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum menurut peruntukan subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.