Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN VII - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 78. Kesalahan memberikan maklumat palsu

Mana-mana orang yang, dalam sesuatu permohonan untuk pendaftaran di bawah seksyen 74, atau sebagai jawapan kepada apa-apa permintaan untuk mendapatkan maklumat atau keterangan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah seksyen itu, dengan sengaja memberi Pendaftar apa-apa maklumat atau keterangan yang palsu atau yang mengelirukan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.