ENAKMEN 6 TAHUN 2008
ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 21. Tatacara mengeluarkan Fatwa

(1) Sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa, Mufti boleh menyebabkan satu kajian atau penyelidikan dijalankan oleh Pegawai Penyelidik sebagaimana yang diarahkan olehnya dan satu kertas kerja disediakan.

(2) Mufti boleh memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.

(3) Apa-apa fatwa yang diputuskan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa yang melibatkan kepentingan awam hendaklah disiarkan dalam Warta.

(4) Mufti hendaklah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sebelum apa-apa fatwa disiarkan dalam Warta.

(5) Sesuatu fatwa yang disiarkan hendaklah dalam bahasa kebangsaan, dalam tulisan Rumi, dan boleh mengandungi teks fatwa itu dalam tulisan Jawi.

(6) Apa-apa pernyataan yang diputuskan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa di bawah Enakmen ini adalah fatwa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.