ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN II - QISAS



Seksyen 35. Hukuman kerana menyebabkan kecederaan badan

(1) Mana-mana orang yang menyebabkan kecederaan anggota badan kepada seseorang maka dia hendaklah dihukum dengan hukuman qisas, iaitu dengan dikenakan kecederaan yang sama seperti kecederaan yang telah dilakukannya kepada mangsanya dan sekiranya hukuman qisas itu tidak dapat dikenakan atau tidak dapat dilaksanakan dengan sebab syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum syarak tidak dipenuhi maka pesalah itu hendaklah membayar arsy kepada mangsanya dan bolehlah dikenakan hukuman takzir dengan dipenjarakan.

(2) Banyaknya arsy yang mesti dibayar dan tempoh hukuman penjara yang akan dikenakan hendaklah mengikut apa yang ditetapkan oleh Jadual II dan Jadual III atau hukum syarak, dan hendaklah berbeza-beza mengikut keadaan, keparahan dan jenis kecederaan yang dilakukan kepada mangsanya dan juga keadaan dalam mana kesalahan itu dilakukan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.