Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN VI - NIKAH, CHERAI DAN RUJO'



Seksyen 134. Menyimpan daftar dan buku2 peringatan.

(1) Tiap2 Pendaftar hendak-Iah menyimpan dengan selamat-nya buku2 daftar yang di-serahkan di-dalam jagaannya dan jikalau dia meninggalkan kawasan-nya atau berhenti daripada jawatan-nya hendak-Iah ia menyerahkan semua buku2 peringatan yang di-simpan kapada Kadhi Besar atau wakil-nya.

(2) Apabila Pendaftar mati maka buku2 daftar at au buku2 peringatan-nya hendak-lah dengan serta-merta di-serahkan kapada Kadhi Besar atau wakil-nya.

(3) Apabila sahaja satu2 daftar sudah penoh maka Pendaftar hendak-Iah menyerahkan-nya kapada Kadhi Besar atau wakil-nya supaya di-simpan-nya dengan selamat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.