Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 64. Tauliah Pegawai Masjid

(1) Tiap-tiap orang yang dilantik oleh Majlis menjadi Pegawai Masjid, termasuk tiap-tiap orang yang disifatkan telah dilantik sedemikian di bawah subseksyen 63(4), hendaklah diberi tauliah bertanda mohor Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(2) Tiap-tiap Pegawai Masjid hendaklah mempunyai kuasa-kuasa dan tugas-tugas yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini dan dalam tauliahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.