ENAKMEN 15 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 2015

BAHAGIAN II - KUASA DAN TANGGUNGJAWAB MAJLIS



Seksyen 8. Pewakilan kewajipan atau kuasa Majlis

(1) Majlis boleh, melalui ketetapan, dan tertakluk kepada syarat dan sekatan yang difikirkan patut oleh Majlis, mewakilkan kepada Perbadanan penunaian mana-mana kewajipannya atau penjalanan mana-mana kuasanya di bawah Enakmen ini.

(2) Pelaksanaan kewajipan dan penjalanan kuasa menurut pewakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

(3) Perbadanan hendaklah memberitahu Majlis tentang semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya menurut pewakilan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.