ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015

BAHAGIAN II - PEWUJUDAN WAKAF



Seksyen 11. Skim wakaf dan wakaf saham

(1) Majlis boleh menubuhkan apa-apa skim wakaf atau meluluskan mana-mana orang untuk menubuhkan atau menguruskan apa-apa skim berkaitan wakaf, bagi atau dalam mana-mana harta yang diperoleh oleh Majlis, atau bagi pembangunan mana-mana mawquf yang diluluskan oleh Majlis -

(2) Majlis boleh menerima saham yang diwakafkan daripada mana-mana orang, pertubuhan atau institusi dengan syarat perniagaan yang dijalankan selaras dengan Hukum Syarak.

(3) Apa-apa harta yang dibangunkan atau faedah dan manfaat daripada apa-apa hasil di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi wakaf am.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.