ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGA
Bab 3 - Pemeriksaan saksi



Seksyen 110. Pernyataan dahulu oleh saksi boleh dibuktikan untuk menyokong testimony yang kemudian tentang fakta yang sama

Bagi menyokong testimoni seorang saksi, apa-apa pernyataan dahulu yang dibuat olehnya sama ada secara bertulis atau lisan, atas sumpah, atau dalam percakapan biasa, berhubungan dengan fakta yang sama pada atau lebih kurang pada masa fakta itu telah berlaku, atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa yang berwibawa di sisi undang-undang untuk menyiasat fakta itu, boleh dibuktikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.