ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN I - KESALAHAN-KESALAHAN HUDUD



Seksyen 11. Keadaan di mana hukuman potong anggota tangan dan kaki dalam kesalahan hirabah tidak boleh dikenakan

(1) Hukuman hudud potong tangan dan kaki tidak boleh dikenakan dalam kes-kes hukuman yang tidak dikenakan bagi kesalahan sariqah, sebagaimana seksyen 8, menurut pemakaian yang sesuai.

(2) Hukuman hudud hirabah tidak dikenakan apabila pesalah menyerah diri dengan sukarela sebelum proses undang-undang dimulakan dengan syarat pesalah mengisytiharkan taubatnya di hadapan Hakim atau Pendakwa Syarie dan menyerah balik harta yang dirompak kepada pihak berkuasa atau pemilik yang daripadanya harta dirompak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.