Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN VII - NAFKAH TANGGONGAN



Seksyen 138. Isteri2.

(1) Sa-orang perempuan yang berkahwin boleh dengan permintaan-nya di-dalam Mahkamah mendapat satu perentahan di-atas suami-nya kerana bayaran daripada satu masa ka-satu masa sa-banyak mana wang berkenaan dengan nafkah yang ia boleh berhak menerima-nya menglkut Hukum Shara'.

(2) Sa-saorang perempuan yang telah di-cheraikan oleh suami-nya boleh dengan permintaan-nya di-Mahkamah mendapat perentahan di-atas suami-nya yang dahulu kerana bayaran di-dalam iddah-nya, jikalau cherai itu dengan talaq satu atau dua, atau pun di-dalam tempoh perempuan itu mengandong dengan suami-nya yang dahulu, sa-banyak mana nafkah yang ia boleh berhak menerima-nya mengikut Hukum Shara'.

(3) Sa-orang perempuan atau laki2 yang telah bercherai daripada suami atau isteri-nya boleh dengan permintaan-nya
di-Mahkamah mendapat perentahan terhadap isteri-nya yang dahulu mengenai pembahagian harta sa-pencharian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.