ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN VII - MAHKAMAH



Seksyen 70. Pemegangan jawatan

(1) Tiap-tiap orang Hakim berhak memegang jawatan sehingga dia sendiri meletakkan jawatan itu; melainkan sebelumnya dia terpaksa berhenti kerana tidak sempurna akal atau kerana sakit yang hendaklah diakui oleh tidak kurang daripada tiga orang pakar perubatan, atau kerana didapati oleh suatu Tribunal yang bebas bahawa dia melakukan suatu kesalahan yang menjadikan dia tidak layak menjadi Hakim.

(2) Pakar-pakar perubatan dan anggota Tribunal yang terdiri dari seorang pengerusi dan tidak kurang dari empat ahli itu hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan selepas berunding dengan mana-mana pihak yang berkuasa, atau badan atau mana-mana orang yang difikirkan patut dan munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.