ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI



Seksyen 47. Melarikan perempuan

Mana-mana orang yang melarikan atau memujuk untuk membawa lari mana-mana perempuan dari dalam jagaan ibu bapanya atau penjaganya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai berkenaan dengan perempuan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.