Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Seksyen 6. Majlis hendaklah membantu dan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan

Majlis hendaklah membantu dan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan Agama Islam di dalam Negeri Kedah Darul Aman, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Negeri Kedah Darul Aman selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.