Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Seksyen 19. Korum

Tiada urusan, kecuali mengenai penangguhan, boleh dilakukan dalam sesuatu mesyuarat, dan tiada ketetapan atau tindakan Majlis yang dibuat atau dilaksanakan dalam sesuatu mesyuarat adalah sah melainkan, jika sekurang-kurangnya satu pertiga daripada anggota, termasuk Yang Dipertua, hadir dalam mesyuarat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.