ENAKMEN 5 TAHUN 2006
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2006
BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT
Seksyen 65. Buku harian mengenai prosiding dalam penyiasatan
(1) Tiap-tiap Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah, dari hari ke hari, mencatatkan prosidingnya dalam buku harian penyiasatan dengan menyatakan-
(a) waktu perintah, jika ada, untuk menjalankan penyiasatan itu sampai padanya;
(b) waktu dia memulakan dan mengakhiri penyiasatan itu;
(c) tempat atau tempat-tempat yang dilawati olehnya;
(d) orang atau orang-orang yang disoal olehnya; dan
(e) pernyataan mengenai hal keadaan yang dipastikan melalui penyiasatannya.
(2) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam undangundang yang berhubungan dengan keterangan, seseorang tertuduh tidak berhak, sama ada sebelum atau dalam perjalanan apa-apa siasatan atau
perbicaraan, meminta atau memeriksa mana-mana buku harian itu:
Dengan syarat bahawa jika Pegawai Penguatkuasa Agama yang telah membuat penyiasatan itu merujuk kepada buku harian itu, maka hanya apa-apa catatan yang telah dirujuk oleh pegawai itu sahaja hendaklah ditunjukkan kepada tertuduh, dan Mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.