ENAKMEN 6 TAHUN 2008
ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 22. Fatwa adalah mengikat

(1) Apa-apa fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di Negeri Kedah Darul Aman sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipan di sisi Agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-perkara amalan, kepercayaan atau pendapat.

(2) Sesuatu fatwa bolehlah diterima oleh semua Mahkamah Syariah di dalam Negeri Kedah Darul Aman sebagai autoriti tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.