ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015

BAHAGIAN II - PEWUJUDAN WAKAF



Seksyen 3. Pewujudan wakaf

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini, seseorang yang telah mencapai umur baligh, sempurna akal, tidak diisytiharkan bankrap dan dengan rela hati, boleh menyerahkan hartanya sebagai suatu wakaf, untuk apa-apa tujuan khairat menurut Hukum Syarak.

(2) Sesuatu wakaf boleh diwujudkan sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas.

(3) Sesuatu wakaf hendaklah diwujudkan melalui sighah di hadapan tidak kurang daripada dua orang saksi menurut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.