ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGA
Bab I - Beban membuktikan



Seksyen 73. Beban membuktikan

(1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.

(2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, maka dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu.
MISALAN

A berhasrat supaya mahkamah memberi penghakiman supaya

B dihukum kerana sesuatu jenayah yang dikatakan oleh A telah dilakukan oleh B.

A mesti membuktikan bahawa B telah melakukan jenayah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.