Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN IV - KEWANGAN
Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 49. Perbelanjaan Majlis

Semua kos, bayaran dan belanja untuk mentadbirkan harta dan aset yang terletak hak pada Majlis, termasuk kos penyenggaraan dan pembaikan mana-mana harta alih dan tak alih, gaji dan elaun semua pekhidmat Majlis, dan fi dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau anggota Majlis berkenaan dengan perkhidmatannya sebagai pekhidmat, pegawai atau anggota Majlis, hendaklah dibayar daripada harta dan aset Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.