Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IV - KEWANGAN AMANAH KHAIRAT
Kira-Kira



Seksyen 99. Penyata tahunan.

Majlis hendak-lah menyuroh kira2 yang penoh dan betul bagi Baitul-Mal supaya di-simpan dan hendak-lah sa-berapa chepat munkin sa-lepas 31 haribulan Disember pada tiap2 tahun, mengeluar dan menerbitkan di-dalam Warta Kerajaan satu penyata berkenaan dengan perkerjaan2 Majlis dalam tahun yang lepas, bersama2 dengan satu timbangan kira2 Baitul-Mal, sa-bagaimana pada 31 haribulan Disember, satu kira2 pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun itu, dan satu senarai harta2 dan tanaman modal (investment) Baitul-Mal yang menunjokkan harga2-nya, jika di-beli, dan nilai yang di-anggarkan pada 31 haribulan Disember.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.