ENAKMEN 4 TAHUN 2005
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2005

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 103. Tatacara Mahkamah sekiranya soalan ditanya tanpa alasan yang munasabah

Jika Mahkamah berpendapat bahawa mana-mana soalan seperti yang disebut dalam seksyen 101 telah ditanya tanpa alasan yang munasabah, maka Mahkamah boleh, jika soalan itu telah ditanya oleh seorang Peguam Syarie, melaporkan hal keadaan kes itu kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang atau pihak berkuasa yang lain yang kepadanya Peguam Syarie itu tertakluk dalam menjalankan profesionnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.