Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Seksyen 20. Perjalanan urusan

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Enakmen ini, semua urusan Majlis hendaklah dijalankan dalam mesyuarat Majlis yang diadakan dengan sempurna dan hendaklah dibereskan melalui ketetapan majoriti anggota yang hadir dan berhak mengundi.

(2) Ketetapan bertulis yang ditandatangani oleh semua anggota Majlis hendaklah, melainkan jika dalam mana-mana hal atau golongan hal tertentu dititahkan selainnya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, mempunyai kesan yang sama seperti ketetapan yang diluluskan sewajarnya di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.