ENAKMEN 7 TAHUN 2006
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2006
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Seksyen 45. Takat kuasa untuk membuat sesuatu perintah
Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan Mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan talaq kecuali-
(a)
jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini; atau
(b)
jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syarak; dan
(c)
jika permastautin salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu diserahkan adalah dalam Negeri Perlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.