Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 65. Tempoh jawatan Pegawai Masjid

(1) Pelantikan seseorang Pegawai Masjid bagi masjid yang ditetapkan di bawah subseksyen 63(2) atau disifatkan telah dilantik di bawah subseksyen 63(4) sebagai Pegawai Masjid, boleh ditamatkan dengan notis bertulis oleh Majlis.

(2) Tiada seorang pun Pegawai Masjid yang dilantik dibawah subseksyen 63(3) atau disifatkan dilantik di bawah subseksyen 63(4) boleh terus memegang jawatan itu selepas mencapai umur enam puluh tahun:

Dengan syarat Majlis boleh dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan melantik mana-mana orang menjadi Pegawai Masjid walaupun orang itu telah mencapai umur enam puluh tahun, atau melanjutkan tempoh perkhidmatan Pegawai Masjid yang telah mencapai umur enam puluh tahun bagi tempoh yang ditetapkan oleh Majlis.

(3) Setiausaha hendaklah memaklumkan kepada Majlis apa-apa kelakuan mana-mana Pegawai Masjid, sama ada yang berhubung dengan tugas-tugasnya yang mencemarkan namanya sebagai Pegawai Masjid atau selainnya, dan membuat apa-apa syor yang munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.