ENAKMEN 15 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 2015

BAHAGIAN II - KUASA DAN TANGGUNGJAWAB MAJLIS



Seksyen 4. Majlis sebagai pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf

(1) Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf yang terletak di dalam Negeri Selangor dan hendaklah mempunyai kuasa untuk-
(2) Mana-mana pengurus atau pentadbir yang dilantik di bawah perenggan (b) dan (c) hendaklah mempunyai kewajipan dan tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis.

(3) Majlis boleh menarik balik pengiktirafan pelantikan pentadbir atau pengurus yang dilantik oleh waqif yang pada pendapat Majlis adalah wajar untuk berbuat sedemikian.

(4) Majlis hendaklah mempunyai segala kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan kewajipan dan tanggungjawabnya di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.