ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999

BAHAGIAN XV - PENDENGARAN



Seksyen 125. Dokumen atau ekshibit.

(1) Dokumen atau ekshibit lain yang dikemukakan sebagai keterangan dan diterima hendaklah ditanda dan, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, oleh Mahkamah dokumen atau ekshibit itu atau salinan dokumen atau ekshibit itu hendaklah disimpan di dalam Mahkamah sementara menanti prosiding itu berakhir dan sehingga habis tempoh masa untuk rayuan.

(2) Bagi maksud pengenalpastian hendaklah juga ditanda sesuatu dokumen atau ekshibit lain yang dikemukakan sebagai keterangan tetapi telah ditolak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.