Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN IV - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Seksyen 54. Sekatan bagi pewujudan amanah khairat

(1) Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau alang semasa marad-al-maut, tiada wakaf atau nazr yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa dan melibatkan lebih daripada satu pertiga daripada harta orang yang membuatnya boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu.

(2) Tiap-tiap wakaf khas atau nazr yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa adalah batal dan tidak sah melainkan jika—
(3) Seksyen ini tidaklah berkuat kuasa untuk menjadikan sah apa-apa wasiat, alang semasa marad-al-maut atau nazr yang tidak sah di bawah peruntukan Hukum Syarak.

(4) Apa-apa wakaf atau nazr yang sah menurut Enakmen terdahulu hendaklah terus sah bagi maksud Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.