ENAKMEN 11 TAHUN 2013
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI



Seksyen 48. Perempuan yang belum berkahwin lari dari dalam jagaan

Mana-mana perempuan yang belum berkahwin yang lari dari dalam jagaan ibu bapanya atau penjaganya dengan tiada sebab yang munasabah mengikut Hukum Syarak melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.