Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Seksyen 33. Lembaga Rayuan Tatatertib

(1) Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib boleh dirayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut—
(2) Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan, anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat tidak boleh hadir atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.

(3) Lembaga Rayuan Tatatertib boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.