ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

Dalam Enakmen ini,melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

"ahli" termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi;

"Hukum Syarak" ertinya Undang-Undang Islam dalam mana-mana Mazhab yang sah dengan mengutamakan Mazhab Syafie;

"Kumpulan Wang" ertinya Kumpulan Wang Baitulmal yang ditubuhkan di bawah seksyen 20;

"Majlis" ertinya Majlis Ugama Islam Negeri Sabah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 [Enakmen No. 13 tahun 1992];

"Menteri" ertinya Menteri yang diberi tanggungjawab mengenai hal ehwal Agama Islam bagi Negeri Sabah;

"Perbadanan" ertinya Perbadanan Baitulmal yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

"Syura" ertinya perbincangan untuk mencapai keputusan muktamad;

"tarikh yang ditetapkan" ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 1 bagi mula berkuatkuasa Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.