ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
Bab 2 – Qarinah - Am
Seksyen 11. Bila fakta boleh menjadi qarinah
Fakta menjadi
qarinah-
(a) jika ianya tidak konsisten dengan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan;
(b) jika dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain, ia menjadikan kewujudan atau ketidakwujudan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan amat barangkali atau amat tidak barangkali.
MISALAN
(a) Soalnya ialah sama ada A melakukan suatu jenayah di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.
Fakta bahawa pada hari itu A berada di Ipoh adalah
qarinah.
Fakta bahawa hampir dengan masa berlakunya jenayah itu A berada jauh dari tempat dimana jenayah itu dilakukan, yang menjadikannya amat tidak barangkali, walaupun tidak mustahil, bahawa dia telah melakukan jenayah itu, adalah
qarinah.
(b) Soalnya ialah sama ada A telah melakukan suatu jenayah.
Hal keadaannya sebegitu rupa sehingga menunjukkan bahawa jenayah itu pasti telah dilakukan sama ada oleh A, B, C atau D. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tidak mungkin telah dilakukan oleh seseorang lain dan bahawa ia tidak dilakukan sama ada oleh B, C atau D, adalah
qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.