Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

PERATORAN DI-DALAM PERBICHARAAN JINAYAH



Seksyen 67. Tudohan.

(1) Tudohan itu hendak-lah di-buat oleh penda'awa atau Mahkamah dan hendak-lah mengandongi kenyataan yang chukop bagi kesalahan yang di-tudohkan itu sa-kira2 menchukopi untok pengetahuan yang di-tudoh akan perkara yang ia di-tudoh. Lebeh daripada satu kesalahan boleh di-tudoh bersama tudohan2 yang lain dan dibicharakan dengan serentak jika berbangkit daripada perkara yang serupa. Lebeh daripada sa-orang boleh ditudoh dan di-bicharakan bersama2 di-atas kesalahan yang serupa atau yang lain jika berbangkit daripada perkara yang serupa.

(2) Tudohan itu boleh di-ubah atau di-pinda pada bila2 masa sa-belum di-jatohkan hukum tetapi orang yang ditudoh itu hendak-Iah di-beri peluang yang chukup bagi menyoal balas, memberi at au meminta keterangan melawan tudohan yang baharu itu.

(3) Sa-saorang yang di-tudoh membuat satu2 kesalahan boleh-Iah di-hukum kerana chuba melakukan kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.