Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Seksyen 38. Penarikan balik surcaj

Walau apapun seksyen 36 dan 37, Majlis boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dikenakan, dan Majlis hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcaj itu tentang penarikan balik itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.