ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
Bab 2 – Qarinah - Am



Seksyen 5. Keterangan boleh diberikan mengenai fakta persoalan dan qarinah

Keterangan boleh diberikan dalam mana-mana guaman atau prosiding mengenai kewujudan atau ketidakwujudan tiap-tiap fakta persoalan dan mengenai apa-apa fakta lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai qarinah, dan tidak mengenai apa-apa fakta lain.

Huraian - Seksyen ini tidak membolehkan mana-mana orang memberi keterangan mengenai apa-apa fakta yang dia tidak berhak membuktikannya menurut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara mal.
MISALAN

A dituduh memukul isterinya B dengan tongkat dengan niat hendak menganiayanya.

Dalam perbicaraan A fakta-fakta yang berikut menjadi persoalan: A memukul B dengan tongkat itu.

A mencederakan B dengan pukulan itu dengan niat hendak menganiayanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.