Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.