Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Seksyen 8. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan

(1) Majlis boleh, atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan perbadanan dengan apa-apa nama yang pada pendapat Majlis adalah sesuai untuk menjalankan dan dipertanggungjawabkan dengan kawalan, pentadbiran dan pengurusan apa-apa projek, skim atau pengusahaan yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipan atau kuasanya di bawah seksyen 7.

(2) Apabila Majlis menubuhkan suatu perbadanan di bawah subseksyen (1), Majlis hendaklah, atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, melalui perintah yang sama atau perintah yang lain membuat peruntukan berhubung dengan pertubuhan itu yang menetapkan—

(3) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.