Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN III - PENDAKWAAN DAN PENGUATKUASAAN



Seksyen 44. Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie

(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagi memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.

(3) Ketua Pendakwa Syarie boleh melantik orang-orang yang layak dan sesuai daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri menjadi Pendakwa-Pendakwa Syarie.

(4) Pendakwa-Pendakwa Syarie hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang diberikan kepada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie, kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.

(5) Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini berkuat kuasa, memegang jawatan Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie hendaklah, apabila seksyen ini berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa Syarie seolah-olah telah dilantik di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.