Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN II
MUFTI DAN JAWATAN-KUASA SHAR'IAH



Seksyen 40. Jawatan-kuasa Syariah.

(1) Satu Jawatan-kuasa Shar'iah bagi Majlis hendak-lah di-adakan mengandongi Mufti sa-bagai Pengerusi dan tiada lebeh daripada empat orang Ulama yang menjadi ahli Majlis dan tidak lebeh daripada em pat orang Ulama yang berkelayakan dan berpatutan bagi mengeluarkan fatwa daripada golongan Ulama yang bukan ahli Majlis. Salah sa-orang daripada ahli Jawatan-kuasa Shar'iah itu hendaklah di-lantek sa-bagai Pengerusi jika Mufti tidak hadhir dalam meshuarat.

(2) Semua ahli2 Jawatan-kuasa Shar'iah itu hendak-Iah di-Iantek oleh Majlis bagi tempoh yang di-tentukan-nya. Lantekan itu hendak-lah di-ishtiharkan dalam Warta Kerajaan.

(3) Maka chukop-lah bilangan jika Pengerusi dan empat orang ahli2 Jawatan-kuasa Shar'iah yang lain hadhir.

(4) Maka terta'alok kapada Undang2 yang berkanun Jawatan-kuasa Shar'iah berkuasa membuat peratoran-nya sendiri.

(5) Ahli2 Jawatan-kuasa Shar'iah hendak-lah di-anggap sa-bagai orang Kerajaan bagi maksud yang di-sebutkan di-dalam Undang2 Jinayah (Penal Code).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.