ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015
BAHAGIAN IX - KEWANGAN
Seksyen 34. Penubuhan Kumpulan Wang Wakaf
(1) Majlis hendaklah menubuhkan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Wakaf.
(2) Kumpulan Wang Wakaf hendaklah terdiri daripada wang asas wakaf dan wang manfaat wakaf.
(3) Bagi maksud seksyen ini-
(a) wang asas wakaf ialah
mawquf
sama ada dalam bentuk wang tunai atau harta termasuk-
(i) apa-apa hasil yang diperolehi melalui
istibdal
;
(ii) peruntukan atau sumbangan yang diterima daripada mana-mana pihak bagi apa-apa maksud wakaf;
(iii) sumbangan dan hasil saham wakaf, bon wakaf dan surat cara jaminan berharga yang lain di bawah apa-apa skim wakaf; dan
(iv) segala sumbangan atau wang lain yang diterima secara sah oleh Majlis di bawah Enakmen ini.
(b) wang manfaat wakaf ialah apa-apa hasil terbitan daripada
mawquf
.
(4) Akaun wang asas wakaf dan akaun wang manfaat wakaf hendaklah diwujudkan secara berasingan.
(5) Semua harta dan hasil wakaf dalam Kumpulan Wang Wakaf hendaklah terletak hak kepada Majlis yang hendaklah mentadbirkan harta dan hasil itu mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.