ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN IV - PELAKSANAAN HUKUMAN



Seksyen 49. Pengesahan hukuman sebelum pelaksanaan

Tiap-tiap hukuman hudud, hukuman bunuh sebagai hukuman qisas atau hukuman takzir yang dijatuhkan di bawah Kanun ini hendaklah dirujukkan oleh Mahkamah Bicara Syariah Khas yang menjatuhkan hukuman itu kepada Mahkamah Rayuan Syariah Khas untuk mendapat pengesahan, dan hukuman itu tidak boleh dilaksanakan sebelum pengesahan itu diperolehi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.