ENAKMEN 12 TAHUN 1991
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1991

BAHAGIAN III - PENGUATKUASAAN DAN PELBAGAI



Seksyen 12. Kuasa bagi penyiasatan

(1) Seorang pegawai diberikuasa hendaklah mempunyai kuasa bagi menyiasat perbuatan melakukan mana-mana kesalahan di bawah Enakmen ini.

(2) Setiap orang yang dikehendaki oleh seorang pegawai diberikuasa untuk memberi apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen atau artikel lain yang berhubung dengan perbuatan melakukan suatu kesalahan itu yang adalah dalam kuasa orang itu untuk memberi hendaklah terikat disisi undang-undang untuk memberi maklumat itu atau menyerahkan dokumen atau artikel lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.